Kelakarnyerrr...

Monday, July 26, 2010 0 Comments

Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu.

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara (foto kiri). Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam Gedung Kartun. Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, kartunis terkemuka itu berazam menerokai pasaran genre berkenaan dengan tema "kartun alternatif" kerana, menurutnya, ia mempunyai pasaran yang besar. "Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun berbentuk humor sebegitu.

"Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat," katanya, yang bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan "kartun hidung besar" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: "Tukar medium sahaja". Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa. Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.

Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/111251

0 komentar:

NiQuitin...

Monday, July 26, 2010 0 Comments

Adakah anda ingin berhenti merokok tetapi tidak berjaya?

Kini anda boleh mencuba Terapi Gantian Nikotin atau dikenali sebagai NiQuitin yang didakwa mampu menghentikan tabiat itu.
Produk yang terbukti secara klinikal itu didatangkan dalam dua variasi iaitu pelekat dan lozenges yang mampu membebaskan seseorang perokok tegar mahupun biasa daripada tabiat merokok dalam masa hanya 12 minggu.

Lebih memudahkan, produk itu boleh dibeli di mana-mana farmasi di negara ini tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor kerana ia dijamin selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Asia Selatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), Akhil Chandra berkata, nisbah perokok adalah dua orang lelaki bersamaan dengan seorang perokok di negara ini dan ia satu statistik membimbangkan.

"Kajian yang dibuat oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006 mencatatkan bahawa 21.5 peratus atau lebih kurang empat juta orang di negara ini ketagih merokok yang mencatatkan kematian sebanyak 10,000 setahun.

"GSK yakin bahawa penyelesaian yang kami tawarkan dengan NiQuitin akan membantu perokok mengurangkan pergantungan mereka pada nikotin dan meningkatkan peluang mereka yang tidak merokok," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

0 komentar:

Subhanallah…. Ada Sungai dalam Laut..!

Thursday, July 15, 2010 0 Comments

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut...

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi: “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. 

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi: “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” 

Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.  Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber: 

1. Dari Ebook : 
BUKTI KEBENARAN QURAN 
AL-REHAILI, Abdullah M.
Bukti Kebenaran Quran / oleh Abdullah M. al-Rehaili. – Yogyakarta: Tajidu Press, 2003
160 hlm.
ISBN 979-3I89-01-8
Hak Cipta 2003 pada © Abdullah M. al-Rehaili
Judul Asli: This is The Truth, Newly Discovered Scientific Focts Revealed in the Quran & Authentic Hadeeth (Wolrd Supreme Council for Mosques Affairs Commission on Scientific Sign of Qur’an and Sunnah at Muslim World League Makkah al­Mukarramah and Alharamain Islamic Poundation, Third Edition, Riyadh, 1999)
2.http://www.cenoteangelita.com/cenote_info.htm
3. Dari Berbagai  Sumber…

0 komentar:

Kapal Libya ubah haluan ke Mesir

Wednesday, July 14, 2010 0 Comments

BAITULMAQDIS: Kapal Libya yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin mengubah haluan ke Mesir selepas diberi amaran oleh tentera laut Israel agar tidak memasuki kawasan sekatan di Semenanjung Gaza, kata pegawai Israel.

Kapal Amalthea sedang menuju ke pelabuhan El Arish di Mesir, diikuti oleh kapal perang Israel. Perubahan destinasinya kemudian disahkan oleh pegawai Mesir dan badan kebajikan Libya yang menyewa khas kapal berkenaan.

“Kapal berkenaan akan tiba pada jam 8.30 malam waktu tempatan dan kini berada kira-kira 16 kilometer dari pelabuhan Arish,” kata kapten Gamal Abdel Maqsoud, yang bertanggungjawab ke atas pelabuhan itu.

Laporan awal menyatakan sejurus selepas kapal itu mula bergerak semula di tengah-tengah laut, radio awam Israel, yang memantau perbualan antara tentera laut dan krew kapal berkenaan, melaporkan kapten warga Cuba kapal itu tidak menjawab beberapa kali panggilan dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol agar menjelaskan destinasinya.

Badan amal Libya yang mengupah kapal Amalthea itu untuk membawa bantuan ke Gaza berkata kapal itu sedang menuju ke Gaza.

“Kapal itu memulakan semula pelayarannya, tetapi ia dijangka berdepan tentangan,” kata Ketua Yayasan Gaddafi, Yussef Sawan.
Kapal itu dilaporkan terkandas di perairan antarabangsa semalam atas sebab kerosakan enjin, tetapi mula bergerak hari ini.

Israel menegaskan kapal itu tidak akan dibenarkan memasuki Gaza yang diperintah Hamas, wilayah Palestin yang berdepan dengan sekatan oleh negara Yahudi itu sejak tiga tahun lalu.

Kapten kapal Amalthea memberitahu tentera laut Israel sejurus sebelum tengah malam kelmarin bahawa masalah enjin melanda kapal itu dan usaha dibuat untuk membaikinya. Empat kapal tentera laut Israel dilengkapi peluru berpandu mengekori kapal Libya itu sejak ia berada kira-kira 130 kilometer dari Gaza.

Mesir berjanji untuk memindahkan semua bahan bantuan kapal itu ke Gaza jika ia berlabuh di sana.

Bagaimanapun, seorang jurucakap misi Libya itu menegaskan kapal terbabit berhasrat untuk cuba sampai ke wilayah Palestin itu, namun tidak akan menolak secara ganas apa-apa usaha menghalang mereka. 

Sumber: Berita Harian

0 komentar:

Pembersihan Kaabah

Tuesday, July 13, 2010 0 Comments

Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal telah selesai melakukan pembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah, sempena 16 Muharram.

Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negara dan diplomat menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kali setahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.

Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.

Upacara pembersihan Kaabah itu bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.

Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar.

Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.

Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara. Lantai dalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter.

Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.

Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga

Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah

http://beritasemasa.com/16-muharram-pembersihan-kaabah-di-mekah

0 komentar:

Angka Bunuh Diri Tentera Israel Meningkat

Tuesday, July 13, 2010 0 Comments


Statistik bunuh diri baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak di antara tentera Israel dalam beberapa tahun ini.

Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot, mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat ke tahap yang tidak disangka, sementara pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah.

Majalah itu menambah bahawa 19 orang membunuh diri pada separuh pertama tahun ini dan 21 orang pada tahun lepas dan 30 orang membunuh diri pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 pada tahun 2005. Tahun-tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 yang membuatkan Israel lebih bimbang.

Angka-angka telah memberi kesan yang besar di antara tentera yang telah menyiapkan rangkaian program untuk membolehkan para tentera untuk menghadapi situasi yang tidak stabil dan gangguan psikologi daripada askar banyak yang menderita.
Yediot Ahronot menggambarkan pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahlinya dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa senjata mereka ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif telah dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan bahawa angka ini mungkin tidak berhenti pada tahap ini.

“Kes ini telah menjadi sangat sensitif, dan akan dipantau dengan terperinci,” Sebuah sumber rasmi di ketenteraan memberitahu. “Kami mengadakan banyak perbincangan tentang masalah ini, dan setiap kes diselidiki dengan dalam dan terang keadaan sekitarnya dan kami akan terus bekerja pada ini ..” sumber itu menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

0 komentar:

Nujum Pak Sotong

Saturday, July 10, 2010 0 Comments

Bismillahirahmanirahim,  semoga Allah yang Maha Menetap segala sesuatu memberi kita hidayah agar tidak tergelincir dari jalanNya. Sesungguhnya, Allah berkuasa menjadikan sesuatu keajaiban hanya untuk menguji hamba2Nya.
 
Dalam kegilaan masyarakat dunia mengikuti perlawanan Piala Dunia, telah timbul perihal seekor sotong(Paul) yang sehingga kini dikatakan berjaya meneka dengan tepat keputusan perlawanan2 piala dunia. Dikatakan ramalan sotong ni tepat belaka. Maka hebohlah seluruh dunia perihal sotong ni memilih Spain memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman. Ternyata, malam itu Spain menewaskan Jerman 1-0, nah...menakjubkan. MasyaAllah, Maha Suci Allah yang Maha Berkehendak.

Adalah normal bagi manusia berasa takjub akan sesuatu yang hebat, luar biasa, dan yang tidak masuk akal. Itulah sifat kejadian manusia yang punya fikiran dan hati untuk berasa takjub atas sesuatu. Tahukah, di setiap detik anak adam terdapat syaitan2 yang ingin menyesatkan. Yang bergerak mengalir bersama darah ke seluruh badan kita setiap degupan jantung kita. Pantas sekali, dia (syaitan) mendatangkan rasa takjub dan kagum kita itu pada sotong. Walhal, Allah lah yang Menetapkan!

Begitulah betapa licik bisikan syaitan. Tiada sesiapa pun yang terlepas dari godaan dan tipuan dan bisikan jahatnya. Hanya pada Allahlah kita minta perlindungan agar tidak tergelincir iman (faith) kita pada Allah yang Maha Menetap. Beristighfarlah dan ucaplah A’uzubillahiminasyaitanirajim 3x. Mudah2an syaitan dan iblis lari dari kita.
Ketahuilah bahawa kejadian aneh ini terjadi atas kehendak Allah yang Maha Esa! Di turunkan Iblis, syaitan sebagai ujian pada manusia. Akan ada lagi perkara2 yang lebih ganjil akan berlaku dan pasti berlaku sejanji Allah SWT. Akan turun suatu masa nanti Dajjal setelah penduduk dunia mengalami kemarau teruk selama 3 tahun berturut2. Setelah penduduk dunia mengalami kepayahan yang hebat waktu itu,  lalu Dajjal menyuruh langit menurunkan hujan dan dengan serta merta hujan pun turun(seizin Allah) , maka ramailah yang menjadi pengikutnya (ke neraka).
Tahulah, banyak lagi keajaiban yang Dajjal lakukan dan semua ini tidak masuk akal, pelik dan takjub! Baca.. Kisah Dajjal dalam Hadith
Kalau pada sotong pun kita rasa takjub (pada makhluk, tertipu oleh syaitan), takut2 nanti kita jadi pengikut Dajjal waktu itu. A’uzibillahminzalik. Kita bendoa agar semua kaum mukminin dan muslimin terselamat dari tipuan Dajjal (ujian Allah).

Sungguh, berasa takjublah pada Allah Yang Maha Menetap dan Maha Menjadikan Segala Sesuatu. Kun!! Maka jadilah. Pada Allah lah kita dikembalikan (diheret) di akhirat kelak! Ya Allah, Kau bimbinglah kami hambaMu yang lemah ini ke jalanMu. Amin.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/juara-eropah-sepanyol-di-final-tepati-ramalan-sotong-kurita/
 

0 komentar:

Intifada

Wednesday, July 07, 2010 0 Comments





Qardhawi menegaskan“Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tempat suci kami.”Wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat

Intifada berasal (bahasa Arab: ุงู†ุชูุงุถุฉ ‎ intifฤแธah, "melepaskan diri") ialah satu istilah Arab yang bererti penentangan atau pemberontakan. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada berlakunya peristiwa intifada ini? Untuk pengetahuan semua, kita sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di Palestin. Pada bab yang lalu telah diterangkan bagaimana penubuhan HAMAS serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia.

Secara keseluruhannya intifada yang berlaku di bumi Palestin ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat. 

Peringkat pertama

Intifada berlaku hanya menggunakan lontaran batu dan lastik dalam memerangi Yahudi yang menzalimi rakyat Palestin.

Berlakunya intifada ini disaat pergolakan di Timur tengah menjadi tumpuan dan perhatian daripada seluruh negara di dunia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 9/12/1987, tercetusnya kebangkitan (Intifada) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 lain tercedera. Maka bermulalah intifada dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu ke arah musuh. Mereka gagal mendapatkan senjata api kerana sempanan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan. Semenjak peristiwa pertawa intifada ini, Yahudi terus menerus menekan dan menzalimi rakyat Palestin. 

Antaranya:
Tentera Israel menggunakan buldozer(jentolak) menimbus 4 orang pejuang Islam yang masih hidup kedalam tanah. Namun selepas itu, dengan kuasa Allah, mereka berjaya keluar dengan selamat.

Pembunuhan di Masjid Al-Aqsa. Ia berpunca daripada perbalahan umat Islam dengan pelampau Yahudi yang cuba meletakkan batu asas ketiga pembinaan biara Haikal Sulaiman di halaman Masjid Al-Aqsa. Menurut perancangan Zionis, Haikal Sulaiman yang mereka impikan itu ialah sebuah biara (kuil) bagi orang Yahudi yang akan dibina selepas berjaya meruntuhkan Masjid Al-Aqsa suatu masa kelak. Selepas perbalahan di antara umat Islam dengan pelampau Yahudi itu, tentera Israel yang lengkap bersenjata datang ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat. 21 orang telah syahid, 150 orang cedera dan hampir 300 orang telah ditangkap.

Perjanjian damai yang dilakukan antara pihak PLO dan Israel hanya sekadar untuk menyedapkan lagi keganasan yang dilakukan oleh Yahudi. Contohnya perjanjian yang telah diadakan pada pertemuan di Kaherah, Mesir bertarikh 4/5/1994. kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Semenanjung Ghaza dan Jericho (Ariha) kepada PLO pimpinan Yaser Arafat. Dua tempat itu saja yang dikatakan sebagai ‘Palestin’. Malah keluasannya hanya seluas separuh negeri Perlis, Malaysia. Inikah yang dikatakan keadilan. Untuk pengetahuan semua perjanjian ini telah ditaja oleh Amerika Syarikat yang sebenarnya menjadi dalang kepada setiap perkara yang berlaku di bumi Palestin. Mereka mendabik dada mengatakan mereka adalah ‘Polis Dunia’ yang menjaga keamanan dunia,tetapi dalam isu Palestin ini kita lihat bagaimana Amerika seolah-olah diperbodohkan oleh Israel.

Pada tarikh 25/2/1994 beberapa orang pelampau Yahudi dari perkampungan pendatang haram Karyat Arba’ diketuai oleh Barukh Gold Styne melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat jamaah fardhu subuh di Masjid Nabi Ibrahim di Hebron (Madinatul Khalil). Peristiwa ini berlaku pada pagi 15 Ramadhan 1414 H ketika umaytl islam menunaikan ibadat puasa. Ini telah mengakibatkan seramai 60 orang telah tebunuh syahid. Malah peristiwa ini juga telah menyebabkan HAMAS meningkatkan siri operasi syahid (amaliyyah istishadiyyah) ke atas penganas Yahudi.[6] Pelampau yahudi ini bukan saja membunuh umat Islam tetapi mereka akan membunuh sesiapa saja yang tidak sependapat atau tidak sehaluan dengan mereka, ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri Israel, Ishak Rabin, sendiri dibunuh. Ia berpunca daripada tindakan beliau menyerahkan Semenanjung Ghaza dan Jericho kepada Palestin. Beliau telah ditembak pada 4/11/1995 dikhayalak ramai oleh seorang pelampau yahudi. Pembunuhan demi pembunuhan yang mereka lakukan namun masyarakat antarabangsa terus membisu.

Namun usaha pendamaian di meja rundingan semakin tertutup apabila Parti Likud yang dianggotai oleh pelampau Yahudi berjaya memenangi pilihan raya Israel pada tahun 1996. Pengambil-alihan tampuk pemerintahan ini menyebabkan usah damai terbantut. Malah pengunduran tentera Israel dari kawasan umat Islam juga tergendala. Ini kerana sepanjang pentadbiran Perrdana Menteri Benjamin Nentanyahu dan Sharon (tahun 2001) ,mereka merasakan hanya dengan kekerasan perjuangan rakyat Palestin dapat dipatahkan. Namun harus diakui walaupun nada PLO lebih lunak dalam mendapatkan kebebasan daripada pihak Israel tetapi kita tidak boleh melupakan peranan yang telah dimainkan oleh HAMAS.

HAMAS sudah lama mengistiharkan perang dan merekalah yang melakukan serangan berani mati kerana tidak lagi percaya lagi dengan proses rundingan yang ditaja oleh Amerika syarikat. Natijahnya peringkat awal intifada yang berlaku ini, rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu dalam menentang kezaliman kaum Yahudi. Namun begitu, dibelakang mereka dalam menegakkan negara Palestin yang merdeka adalah suara umat Islam diseluruh dunia yang hanya mampu mengadakan demostrasi bagi menyatakan bantahan. Walaupun isu Palestin ini adalah melibatkan rakyat Palestin tetapi ia mesti dilihat sebagai isu umat Islam yang telah ditindas dan sebagai isu global untuk membina keamanan sejagat 

Peringkat kedua

Keganasan askar israel terhadap orang awam yang semakin menjadi-jadi dan membangkitkan kemarahan umat Islam. Peristiwa kebangkitan tahun 1987 kembali berulang dan tarikh keramat ini berlaku pada 28/9/2000, umat Islam keluar beramai-ramai untuk menentang keganasan Yahudi dengan menggunakan apa saja yang pada mereka. Malah kebangkitan kali ini dilihat lebih mengancam rejim Israel kerana ia bukan saja dilancarkan oleh Kataib Al-Qassam (HAMAS) tetapi turut disertai oleh pertubuhan-pertubuhan lain seperti Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa (Fatah), Saraya Al-Quds (Jihad Islami), Pasukan As-Syahid Abu Ali Mustafa (As- Sya’biyyah), Pasukan Kebangkitan Kebangsaan Palestin (Ad Dimoqratiyyah) dan Saraya Al-Quds. Namun yang lebih menonjol adalah Kataa’ib Al-Qassam dan Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa.

Apakah yang membezakan kebangkitan ini dengan tahun 1987? Intifada kedua ini tidak hanya bergantung kepada lontaran batu dan lastik tetapi banyak menggunakan serangan mortar, raifal automatik AK 47 dan jerangkap samar dilakukan.

Operasi syahid (amaliyyah isttisyhadiyyah) juga meningkat dengan mendadak. Intifadah kedua ini juga telah mendapat sokongan padu dari dunia arab sendiri. Ini terbukti apabila seluruh negara arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Israel telah memutuskan hubungan dengan negara Israel sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak OIC kali ke-9 di Doha, Qatar pada tahun 2000 yang lalu.

Operasi ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah'

Erti syahadah iaitu mati syahid, iaitu mereka yang terbunuh ketika menegakan Islam. Namun begitu sejak meletusnya intifada ini muncul satu istilah yang amat asing bagi sesetenggah umat Islam, iaitu ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah’. Disini penulis ingin memberikan gambaran umum apakah penerimaan Islam terhadap konsep ini. Dari segi bahasa ‘amaliyyah' bererti operasi. Manakala ‘istisyhadiyyah’ pula bererti satu operasi untuk mendapatkan mati syahid. Dari segi istilah, ‘Amaliyyah Istisyadiyyah’ membawa makna “Operasi Jihad memerangi musuh-musuh Islam dengan menggunakan satu kaedah, atau dalam keadaan yang pada adatnya, pelaksanma operasi tidak mungkin selamat. Ia dilakukan dengan niat untuk membunuh musuh-musuh Allah dan untuk mati syahid.

Dalil keharusan operasi ini ialah dari sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“…Demi (Allah) yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya aku sangat suka andainya aku dibunuh pada jalan Allah, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi..."

 Mengapa perlu operasi ini? Kita harus mengetahui bahawa umat Islam di Palestin tidak mempunyai pilihan untuk mempertahankan diri malah mereka tidak mempunyai kekuatan persenjataan. Hal ini berlaku kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka sejak sekian lama. Hanya dengan melakukan operasi ini mereka dapat mengajar kesombongan dan kebongkakan rejim Israel. Malah satu-satunya kaedah penentang yang mampu dilakukan oleh umat Islam Palestin ialah dengan mencipta bahan letupan dan digunakan sebagai senjata untuk bertindak balas ke atas tentera dan penganas Yahudi. Mereka terpaksa masuk ketempat yang dipenuhi penganas Yahudi lantas meletupkan diri mereka. Tindakan ini pastinya akan mengancam keselamatan mereka tetapi ini sajalah yang mereka mampu lakukan. Malah ulama dan sarjana Islam seperti Dr. Muhammad az-Zuhaili, Prof Dr. Yusuf AL-Qardhawi, Syeikh Al-Azhar, Dr Ramadhan al-Buti, Dr. Fathi Yakan serta ramai lagi ulama timur tengah bersependapat mengenai operasi ini adalah harus dilaksanakan.

sumbet: http://mcbatistuta.multiply.com/reviews/item/29










0 komentar:

Koleksi 9 Pedang Rasulullah SAW

Tuesday, July 06, 2010 0 Comments

Dhu al-Faqar







Dhu al-Faqar adalah nama pedang ini, didapatkan dari hasil rampasan oleh Nabi Muhammad pada perang Badar. Dikabarkan bahwa Nabi Muhammad memberikan pedang ini kepada Ali b. Abi Thalib dan dengan pedang ini Ali berperang di perang Uhud.

 Al-Battar

Pedang al-Battar didapatkan oleh Nabi Muhammad sebagai barang rampasan dari Bani Qaynaqa. Pedang ini dinamakan Pedang Nabi dan pada pedang ini terpahatkan dalam bahasa Arab nama dari Daud, Sulaiman, Musa, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad. Berdasarkan cerita Nabi Daud memenggal kepala Goliath yang merupakan pemilik asli pedang ini. Pedang ini memiliki panjang 101 cm. Pedang ini disimpan di Museum Topkapi Istanbul. Bahakan ada sumber yang mengatakan bahwa pedang ini akan digunakan oleh Nabi Isa untuk mengalahkan Dajjal.

Al-Ma’thur


Al-Ma’thur, juga dikenal sebagai Ma’thur al-Fijar adalah pedang yang dimiliki oleh Rasulullah sebelum beliau menerima wahyu pertama di Makkah. Pedang ini adalah kepunyaan ayah beliau. Nabi Muhammad hijrah dengan pedang ini dari Makkah ke Madinah dan pedang ini tetap dengan beliau sampai diberikan ke Ali b. Abi Thalib.Pedang ini panjangnya 99 cm. Gagangnya terbuat dari emas pada bentuk yang seperti ular dan dihiasi dengan emerald dan batu pirus (batu berwarna biru). Dekat dengan gagang terukir ukiran Kufic, Abdallah b. Abd al-Muttalib. Sekarang pedang ini dilindungi di museum Topkapi Istanbul.
Al-Rasub

Pedang ini adalah salah satu dari sembilan pedang Nabi Muhammad. Dikatakan bahwa pedang ini adalah penjaga ahlul bait seperti Ark menjaga bangsa Israel.

Hatf







Hatf adalah pedang yang didapatkan oleh Nabi Muhammad sebagai harta rampasan perang dari Bani Qaynuqa. Dikatakan bahwa Nabi Daud mengmabil pedangnya al-Batar dari tangan Namrud sebagai harta rampasan ketika dia mengalahkannya tetapi dpada saat itu umur beliau kurang dari 20 tahun. Allah memberikan mu’jizat kepada Nabi Daud kemampuan untuk membuat senjata, tameng dan alat – alat perang dari besi. Kemudian beliau membuat pedang yang dinamai Hatf menyerupai al-Battar tetapi lebih besar. Beliau menggunakan pedang ini sampai meninggal kemudian dirawat oleh suku Levitar, salah satu suku bangsa Israel, dan akhirnya sampai di tangan Rasulullah. Pedang ini sekarang berada di museum Topkapi. Pedang ini panjangnya 112 cm dan lebar 8 cm.

Qal'i


Pedang ini dikenal sebagai Qal’i atau Qul’ay. Nama pedang ini mungkin ada hubungannya dengan tempat di Syria atau di India dekat Cina. Ada juga yang mengatakan qal’i berarti tin atau timah putih. Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang yang menjadi harta rampasan perang bani Qaynuqo. Juga dikatakan bahwa kakek nabi Muhammad menemukan pedang Qal’I ketika dia membuka mata air zamzam di Makkah. Sekarang pedang ini disimpan di museum Topkapi, Istanbul. Panjang 100 cm. Didekat handle tertuliskan dengan bahasa arab Pedang ini adalah pedang mulia nabi Muhammad. Pedang ini terasa istimewa dari pedang – pedang yang lain karena desain yang menyerupai gelombang.

al-Qadib


Al-Qadib adalah pedang ringan yang menyerupai batang tipis. Pedang ini digunakan untuk pertahanan atau persahabatan untuk musafir tapi tidak untuk berperang. Tertuliskan pada sisi pedang yang berwarna silver Tidak ada berhala tetapi Allah, Muhammad adalah utusan Allah—Muhammad b. Abdallah b. Abd. Al-Muttalib. Tidak ada tanda pada sumber sejarah manapun bahwa pedang ini pernah digunakan untuk berperang. Pedang ini berada di rumah Rasulullah dan hanya digunakan kemudian oleh kekhalifahan Fatimiah. Pedang ini panjangnya 100 cm dan memiliki sarung pedang terbuat dari kulit binatang. Pedang ini di simpan di museum Topkapi, Istanbul.

al-'Adb


Al-‘Adb berarti memotong atau tajam. Pedang ini dikirim ke Nabi Muhammad oleh salah satu companionnya sebelum perang Badar. Beliau menggunakan pedang ini pada perang Uhud. Pedang ini disimpan di masjig Husein di Cairo, Mesir.

al-Mikhdham





Pedang ini berdasarkan cerita diberikan oleh Rasulullah Muhammad kepada Ali b. Abi Thalib, dan dari Ali diberikan ke anaknya. Sumber lain mengatakan bahwa pedang ini adalah hasil rampasan terhadap penggerebekan yang dipimpin oleh Ali di Syiria.
Pedang ini disimpan di museum Topkapi, Istanbul. Pedang ini panjangnya 97 cm dan terpahat nama Zayn al-Din al-Abidin.

0 komentar:

Yahudi Membina Bandar Dibawah Masjid Al-Aqsa

Tuesday, July 06, 2010 0 Comments

0 komentar:

Bangunan Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar

Tuesday, July 06, 2010 0 Comments


http://2.bp.blogspot.com/_kXv7Yj-wGKY/SgKO3FuVU2I/AAAAAAAABxM/GStZWDE2chE/s400/Al-Aqsa_Mosque2.jpg

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam. Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya.

Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:ูˆุนู† ุฃุจูŠ ุณุนูŠุฏ ุงู„ุฎุฏุฑูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: ู„ุง ุชุดุฏ ุงู„ุฑุญุงู„ ุฅู„ุง ุฅู„ู‰ ุซู„ุงุซุฉ ู…ุณุงุฌุฏ: ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุญุฑุงู…، ูˆุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุฃู‚ุตู‰، ูˆู…ุณุฌุฏูŠ ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡، ูˆุงู„ู„ูุธ ู„ู„ุจุฎุงุฑูŠ 

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

aqsa 1Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar
Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA
Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:
ุญุฏูŠุซ ุณู„ูŠู…ุงู† ุจู† ู…ู‡ุฑุงู† ุงู„ุฃุนู…ุด، ุนู† ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุจู† ูŠุฒูŠุฏ ุงู„ุชูŠู…ูŠ، ุนู† ุฃุจูŠู‡، ุนู† ุฃุจูŠ ุฐุฑ ู‚ุงู„: ู‚ู„ุช: ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃูŠ ู…ุณุฌุฏ ูˆุถุน ุฃูˆู„؟ ู‚ุงู„: ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุญุฑุงู…. ู‚ู„ุช: ุซู… ุฃูŠ؟ ู‚ุงู„: ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุฃู‚ุตู‰. ู‚ู„ุช: ูƒู… ุจูŠู†ู‡ู…ุง؟ ู‚ุงู„: ุฃุฑุจุนูˆู† ุณู†ุฉ

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”…. 
Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:
ูˆَุฅِุฐْ ูŠَุฑْูَุนُ ุฅِุจْุฑَٰู‡ِูŠู…ُ ูฑู„ْู‚َูˆَุงุนِุฏَ ู…ِู†َ ูฑู„ْุจَูŠْุชِ ูˆَุฅِุณْู…َٰุนِูŠู„ُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram). 
Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain. Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM
Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
1. Lokasi.
2. Sempadan.
3. Qiblah.
4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA
Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.
 
aqsa 2Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM
Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:
aqsa 3

 Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.
aqsa 4

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:
1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.
2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.
3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.
aqsa 5
4. Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.
aqsa 6Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

KESIMPULAN
1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.
2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.
3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.
Tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham, seorang penulis jemputan HALUAN Palestin yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Tulisan beliau boleh dicapai di blog abidfana.com. Beliau mahir dalam persoalan dan kajian mengenai Palestin dan Yahudi.

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT