Kapal Libya ubah haluan ke Mesir

Wednesday, July 14, 2010 0 Comments

BAITULMAQDIS: Kapal Libya yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin mengubah haluan ke Mesir selepas diberi amaran oleh tentera laut Israel agar tidak memasuki kawasan sekatan di Semenanjung Gaza, kata pegawai Israel.

Kapal Amalthea sedang menuju ke pelabuhan El Arish di Mesir, diikuti oleh kapal perang Israel. Perubahan destinasinya kemudian disahkan oleh pegawai Mesir dan badan kebajikan Libya yang menyewa khas kapal berkenaan.

“Kapal berkenaan akan tiba pada jam 8.30 malam waktu tempatan dan kini berada kira-kira 16 kilometer dari pelabuhan Arish,” kata kapten Gamal Abdel Maqsoud, yang bertanggungjawab ke atas pelabuhan itu.

Laporan awal menyatakan sejurus selepas kapal itu mula bergerak semula di tengah-tengah laut, radio awam Israel, yang memantau perbualan antara tentera laut dan krew kapal berkenaan, melaporkan kapten warga Cuba kapal itu tidak menjawab beberapa kali panggilan dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol agar menjelaskan destinasinya.

Badan amal Libya yang mengupah kapal Amalthea itu untuk membawa bantuan ke Gaza berkata kapal itu sedang menuju ke Gaza.

“Kapal itu memulakan semula pelayarannya, tetapi ia dijangka berdepan tentangan,” kata Ketua Yayasan Gaddafi, Yussef Sawan.
Kapal itu dilaporkan terkandas di perairan antarabangsa semalam atas sebab kerosakan enjin, tetapi mula bergerak hari ini.

Israel menegaskan kapal itu tidak akan dibenarkan memasuki Gaza yang diperintah Hamas, wilayah Palestin yang berdepan dengan sekatan oleh negara Yahudi itu sejak tiga tahun lalu.

Kapten kapal Amalthea memberitahu tentera laut Israel sejurus sebelum tengah malam kelmarin bahawa masalah enjin melanda kapal itu dan usaha dibuat untuk membaikinya. Empat kapal tentera laut Israel dilengkapi peluru berpandu mengekori kapal Libya itu sejak ia berada kira-kira 130 kilometer dari Gaza.

Mesir berjanji untuk memindahkan semua bahan bantuan kapal itu ke Gaza jika ia berlabuh di sana.

Bagaimanapun, seorang jurucakap misi Libya itu menegaskan kapal terbabit berhasrat untuk cuba sampai ke wilayah Palestin itu, namun tidak akan menolak secara ganas apa-apa usaha menghalang mereka. 

Sumber: Berita Harian

malaysiamajusangat

Anak yang "Sejuk Perut Ibu Mengandung" itu bukan yang lulus universiti,bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18ribu sebulan...tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk roh mereka - UAI

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT