Lelaki Paling Kacak Di Muka Bumi...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan....lagi

0 komentar:

FORMULA MEMBINA KEWANGAN SIHAT

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


1.Utamakan yang lebih utama.

Berikan keutamaan kepada perbelanjaann yang lebih penting seperti keperluan asas. Setiap keluarga mempunyai keperluan asas yang berbeza. Misalnya, jika keluarga lebih memerlukan peti sejuk atau mesin basuh, abaikan pendingin udara buat sementara waktu. Sebelum membuat pembelian, kenal pasti kepentingannya terlebih dahulu.

2.Disiplinkan diri.

Disiplinkan diri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Contohnya, jika anda berhasrat mempunyai simpanan sebanyak RM5,000 dalam masa setahun, maka anda perlu mendisiplinkan diri menabung tidak kurang daripada RM417 sebulan. Simpanan secara berterusan boleh dibuat menerusi potongan gaji.

3.Rekodkan perbelanjaan.

Merekodkan perbelanjaan biarpun nampak remeh namun amat berkesan. Ini kerana menerusi rekod yang dicatatkan, anda boleh mengenalpasti setiap perbelanjaan yang dibuat. Dari situ, anda boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya pada bulan berikutnya...lagi

0 komentar:

GAYONG GURUN KEDAH

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Pusaka Gayong Gurun Putra Palace Perlis


Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia(PSSPGM) telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1978. Pengasas-pengasas utamanya ialah Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Salleh dan Encik Abd Majid bin Md Isa (PJK). Tuan Hj Yusof bin Salleh adalah Pengerusi pertubuhan ini dan Encik Abd Majid bin Mat Isa adalah Pengarah Guru-guru dan Jurulatih-jurulatih pertubuhan ini. Pertubuhan ini menggunakan Silat Gayung sebagai mata pelajarannya. Kedua-dua pengasas ini telah mempelajari Silat Gayung daripada Mahaguru Daing Uda Hashim dan anak-anaknya Meor Abd Aziz bin Daing Uda Hashim dan Dato' Meor Abd Rahman bin Daing Uda Hashim bermula pada tahun 1956 di Kedah Darulaman ..lagi...

0 komentar:

MPV Perodua...Alza

Saturday, November 28, 2009 0 Comments



0 komentar:

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."


Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

0 komentar:

Patutla...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments



Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

0 komentar:

sungguh 'MENYAYAT HATI'...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Di sudut pasar Madinah ada seorang  pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada  setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku,  jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila  kalian mendekatinya maka kalian akan  dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad  Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan  tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu  sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang  menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW  melakukan hal ini setiap hari sampai beliau  wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW,  tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi  kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat  terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke  rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak  bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya   kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah  kebiasaan kekasihku yang belum aku  kerjakan?".

Aisyah RA menjawab,
"Wahai ayah, engkau adalah  seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya  pun yang belum ayah lakukan kecuali satu  saja".
 
"Apakah Itu?", tanya Abubakar  RA.
 
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke  ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang  pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar  dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis  itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu  memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA  mulai menyuapinya,

sipengemis marah sambil  mengherdik,
"Siapakah kamu?". 

Abubakar RA menjawab,
"Aku  orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang  biasa mendatangiku",
bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan  ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.  Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,  tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis  itu melanjutkan  perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air  matanya, ia
menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang  mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah  SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis  mendengar
penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu  menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku  sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi,  ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar R.A saat itu juga dan sejak hari  itu menjadi  muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita  meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau  adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia  akhlaq.

Kalaupun kita tidak meneladani baginda seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang  kita sanggup lakukannya.

Sadaqah  Jariah salah satu dari nya mudah  dilakukan, pahalanya? Sadaqah  Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan  al-Quran  pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda  mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda dan setiap orang sakit menggunakannya,  Anda dapat  hasanah
3. bagi  bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap  bacaan do'a itu,  Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD  Quran atau  Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan  pendingin air di tempat umum.
9. Tanam  sebuah pohon. Setiap seseorang  atau binatang berlindung  dibawahnya, Anda dapat hasanah.

aminnnnnn...

0 komentar:

Dah Kenal eh...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments



Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal;
ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat² Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah S.A.W, diantaranya: 
• Seorang yg kelihatannya masih muda
• Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan
• Rambutnya kerinting dan tebal
• Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: 
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: 
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?
Nabi S.A.W, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Diantara kemampuan Dajjal ialah:

• Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"

Nabi menjawab: "
Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."  H.R Ibnu Majah

• Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

• Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?

Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

• Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:

Pertama:
Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua:
Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga:
Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: 
Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... . Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)

"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal"  H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang. Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah  s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan jugaaku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.."  H.R Muslim

0 komentar:

Sudah Penuh...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments



Di dalam sebuah kelas, seorang Proffesor sedang mengajar subjek Petroleum Engineering kepada pelajar-pelajarnya.  Sebelum kelas berakhir, Proffessor itu berbicara dengan pelajarnya, sambil memegang sebiji balang kosong.

Proff : “Tahukah anda apa yang saya pegang?”

Kelas : “Itu adalah sebiji balang kosong” jawab pelajar

Proff : “Baiklah, sekarang saya isikan dengan beberapa biji bola golf sehingga ia penuh. Adakah balang ini sudah penuh?”
Kelas: Dengan yakin pelajar menjawab, “Ya, balang itu sudah penuh.”
 
Proff : “Ok, sekarang saya isikan pula dengan beberapa biji guli sehingga ia penuh. Kamu beritahu saya sekarang adakah balang ini sudah penuh?”

Kelas : Dengan muka sedikit berkerut, mereka menjawab “Ya, balang itu sudah penuh.”

Proff : “Sekarang,saya isikan pula dengan pasir sehingga ia penuh. Adakah balang ini sudah penuh?”
 
Kelas : Pelajar yang terpinga-pinga dengan tindakan pensyarah mereka menjawab dengan berhati-hati “ Ya, balang itu masih penuh”

Proff : “ Tadi bila saya isikan balang kosong dengan bola golf, anda kata ia dah penuh, seterusnya  bila saya isikan dengan guli di ikuti dengan pasir, anda masih mengatakan balang ini sudah penuh, sekarang jika saya isikan dengan dua cawan kopi adakah balang ini sudah penuh?”

Kelas : Pelajar yang sudah kebingungan menjawab “ ia masih memenuhi balang itu tuan, tapi apa kaitan yang tuan hendak sampaikan disebalik balang kosong itu tadi tuan?”
 
Proff : Kasihan melihat pelajar yang sudah teruja, proff. Menjawab “ balang yang kosong tadi samalah seperti diri kita ini, kita ada keutamaan yang patut di dahulukan mengikut senarai teratas dahulu, jika balang kosong tadi diisi oleh pasir dahulu, adakah guli dan bola golf boleh masuk dengan sempurna ke dalam balang?, jawabnya tentu tidak kan. Bola golf ibarat perkara utama dalam hidup kita, ibadat,Aqidah dan Iman diikuti guli ibarat isu keluarga dan kerabat, pasir pula mewakili perkara-perkara sampingan yang kurang penting yang sentiasa menyibukkan kita, jika kita salah meletak keutamaan, maka jadilah seperti kes balang kosong tadi” `

Kelas : Lega mendengar penjelasan dari proff. , mereka berkata “ ohh…barulah kami faham akan perumpamaan professor tadi, tapi apa pula kaitannya  dengan dua cawan kopi tadi?”

Proff : Tersenyum mendengar soalan pelajarnya, proff. pun menjawab “ Tak kira bagaimana sibuknya kita dalam kerja seharion, jangan lupa untuk meluangkan sedikit waktu untuk  minum kopi dengan kawan-kawan”

0 komentar:

TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.
Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.

Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak kita biar jangan jadi 'biol'kan...

0 komentar:

Sampaikanlah...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Au zubillah himinashsyaitan Nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
 
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
• Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
 
• Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas Sebanyak 3 kali.
 
• Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

• Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
 
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
 
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapatpadangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satupadangsahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiappadangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersamanya :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan

Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul
saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
 

0 komentar:

Hikmah berdiam diri

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

 Hadis-hadis Rasullulah S.A.W mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM ) 

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK  SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.. KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

 Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

0 komentar:

Peribahasa Yang Belum diterbitkan

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.


Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

0 komentar:

Baik Punya Lompat...YAMAKASI

Saturday, November 28, 2009 0 Comments

Awalnya disebut seni Art du Deplacement, sekarang juga disebut sebagai freerunning atau parkour, ditubuhkan di Perancis pada tahun 1980 oleh sekumpulan sembilan anak muda yang menyebut diri mereka The Yamakasi. Yamakasi adalah dari Perkataan Lingala longgar yang bermaksud  'Strong Man, Roh yang Kuat', dan bertujuan untuk menjadi individu yang berdisiplin yang kuat: fizikal, mental, dan beretika. Dan di Malaysia, ia satu permulaan yang baik....



0 komentar:

Kita selalu Bertanya.....

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
                                                     -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

0 komentar:

Tanda-Tanda...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti  lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kematian adalah suatu yang pasti dan sesungguhnya mengingati
mati itu adalah bijak.

0 komentar:

JANGAN!!!

Saturday, November 28, 2009 0 Comments


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.  Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT