Sudah Penuh...

Saturday, November 28, 2009 0 Comments



Di dalam sebuah kelas, seorang Proffesor sedang mengajar subjek Petroleum Engineering kepada pelajar-pelajarnya.  Sebelum kelas berakhir, Proffessor itu berbicara dengan pelajarnya, sambil memegang sebiji balang kosong.

Proff : “Tahukah anda apa yang saya pegang?”

Kelas : “Itu adalah sebiji balang kosong” jawab pelajar

Proff : “Baiklah, sekarang saya isikan dengan beberapa biji bola golf sehingga ia penuh. Adakah balang ini sudah penuh?”
Kelas: Dengan yakin pelajar menjawab, “Ya, balang itu sudah penuh.”
 
Proff : “Ok, sekarang saya isikan pula dengan beberapa biji guli sehingga ia penuh. Kamu beritahu saya sekarang adakah balang ini sudah penuh?”

Kelas : Dengan muka sedikit berkerut, mereka menjawab “Ya, balang itu sudah penuh.”

Proff : “Sekarang,saya isikan pula dengan pasir sehingga ia penuh. Adakah balang ini sudah penuh?”
 
Kelas : Pelajar yang terpinga-pinga dengan tindakan pensyarah mereka menjawab dengan berhati-hati “ Ya, balang itu masih penuh”

Proff : “ Tadi bila saya isikan balang kosong dengan bola golf, anda kata ia dah penuh, seterusnya  bila saya isikan dengan guli di ikuti dengan pasir, anda masih mengatakan balang ini sudah penuh, sekarang jika saya isikan dengan dua cawan kopi adakah balang ini sudah penuh?”

Kelas : Pelajar yang sudah kebingungan menjawab “ ia masih memenuhi balang itu tuan, tapi apa kaitan yang tuan hendak sampaikan disebalik balang kosong itu tadi tuan?”
 
Proff : Kasihan melihat pelajar yang sudah teruja, proff. Menjawab “ balang yang kosong tadi samalah seperti diri kita ini, kita ada keutamaan yang patut di dahulukan mengikut senarai teratas dahulu, jika balang kosong tadi diisi oleh pasir dahulu, adakah guli dan bola golf boleh masuk dengan sempurna ke dalam balang?, jawabnya tentu tidak kan. Bola golf ibarat perkara utama dalam hidup kita, ibadat,Aqidah dan Iman diikuti guli ibarat isu keluarga dan kerabat, pasir pula mewakili perkara-perkara sampingan yang kurang penting yang sentiasa menyibukkan kita, jika kita salah meletak keutamaan, maka jadilah seperti kes balang kosong tadi” `

Kelas : Lega mendengar penjelasan dari proff. , mereka berkata “ ohh…barulah kami faham akan perumpamaan professor tadi, tapi apa pula kaitannya  dengan dua cawan kopi tadi?”

Proff : Tersenyum mendengar soalan pelajarnya, proff. pun menjawab “ Tak kira bagaimana sibuknya kita dalam kerja seharion, jangan lupa untuk meluangkan sedikit waktu untuk  minum kopi dengan kawan-kawan”

malaysiamajusangat

Anak yang "Sejuk Perut Ibu Mengandung" itu bukan yang lulus universiti,bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18ribu sebulan...tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk roh mereka - UAI

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT