Selamatkan Kuantan
Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi lapor Malaysiakini hari ini.
Sebanyak empat buah bas membawa membawa aktivis yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis. Hasil perbincangan, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke parlimen, manakala penyokong lain dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas.
Mereka juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: “Stop Lynas”, “Hentikan Lynas”.
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.
Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya. Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster. Antaranya berbunyi ” Stop Lynas”, “Selamatkan Kuantan” ...selanjutnya
0 komentar: