Baru ku tahu....
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang/susah ditemui yang terkandung dalam bumi. Tanah akan dikorek untuk diproses bagi mengeluarkan mineral dan batuan yang kemudiannya bahan ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan/produk.
Beberapa jenis Rare Earth dan produk ialah:-
Beberapa jenis Rare Earth dan produk ialah:-
Scandium
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium-
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum
Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium
Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Prometium
Batteri Nuklear
Thulium
Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium
Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium
Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik
Maklumat diatas adalah sebahagian dari komponen mineral Tanah Jarang yang terkandung dalam bumi. Kalau dilihat kepada produk yang dihasilkan melalui mineral Tanah Jarang ini, pasti kita akan nampak bahawa Tanah Jarang ini sangat penting kepada kehidupan seharian kita.
Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.
Pemprosesan Tanah Jarang (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.
Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.
Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.
Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.
DiChina, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Tanah Jarang ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Tanah Jarang ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia. Kalau...
0 komentar: