Sambutan hari kemerdekaan ke-53

Tuesday, August 31, 2010 0 Comments


Jika ditanya apa yang istimewanya pada tarikh 31 Ogos, mungkin setiap individu akan memberikan jawapan yang sedikit berbeza. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Hari Kebangsaan Negara, Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan tak kurang juga ada yang menjawab itu adalah tarikh lahirnya.
 
Apapun jawapan yang diberikan, yang pasti daripada tarikh itu setiap “rakyat” negara ini pastinya akan dapat mengingati sedikit-sebanyak peristiwa di sebalik tarikh tersebut, melainkan dia hanyalah seorang “penduduk” di negara ini yang kurang mengambil peduli sejarah yang tercatat pada tarikh berkenaan.

Pada tahun ini, jika masih diberi peluang bernafas sehingga 31 Ogos nanti, maka sekali lagi kita berpeluang mengingati peristiwa atau detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Tahun 2010 ni adalah tahun kemerdekaan yang ke-53 sejak pengisytiharan pada tahun 1957.

Ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 semalam disambut meriah, walaupun sambutan kali ini tanpa perbarisan atau pertunjukan bunga api serta konsert kerana bertembung dengan Ramadan.
Sambutan bermula sejak malam semalam dengan pelbagai acara termasuk majlis berbuka puasa, tahlil dan solat Tarawih berjemaah di seluruh negara.
Majlis peringkat nasional diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dengan kehadiran lebih 10,000 orang, walaupun kali pertama diadakan di kawasan tertutup berikutan Ramadan. Malah, sambutan dengan tema 1Malaysia Menjana Transformasi itu dilihat lebih kreatif dan inovasi dari pelbagai aspek.

Acara bermula jam 8 pagi sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, diiringi tiupan nafiri. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta menteri Kabinet yang memakai pakaian batik 1Malaysia, selain dihadiri duta asing dan pemimpin parti politik.

Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian dan sorakan 940 anggota kontinjen di sepanjang jalan masuk ke Stadium Putra.
Tuanku Mizan kemudian mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, sebelum memeriksa kawalan kehormat utama empat pegawai dan 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Acara kemudian diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak nyanyian lagu Negaraku dan 14 das tembakan meriam, diikuti bacaan ikrar oleh 53 orang termasuk wakil pendidik, perkhidmatan awam, swasta, perbadanan bukan kerajaan, seni dan budaya serta orang kurang upaya daripada pelbagai kaum.

Di KUANTAN, kira-kira 3,000 peserta membabitkan 51 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan berhimpun di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) bagi meraikan sambutan peringkat negeri.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim dan pemimpin kerajaan negeri.

Di MIRI, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng mengetuai sambutan di Stadium Tertutup Miri yang turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan disertai kira-kira 5,000 warga bandar raya itu.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan berlangsung sederhana di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan dihadiri lebih 500 orang. Sambutan dimulakan dengan ucapan sempena kemerdekaan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, diikuti tahlil, majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan Tarawih.

Di IPOH, lebih 3,000 orang sekitar bandar raya ini tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan yang dihadiri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah; Raja DiHilir, Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exco kerajaan negeri.

Di GEORGETOWN, lebih 10,000 orang membanjiri jalan utama Padang Kota untuk menyaksikan sambutan peringkat negeri yang disertai 82 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

Di KANGAR, sebanyak 53 merpati bersama sejambak belon berwarna-warni dilepaskan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ditemani Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, dengan disaksikan lebih 5,000 hadirin di Dataran Merdeka, sebagai simbolik mewakili 53 tahun negara bebas daripada cengkaman penjajah.

Di ALOR SETAR, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam ucapannya menggesa rakyat menghargai institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung penyatuan bangsa Malaysia dalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

Di MELAKA, lebih 6,000 orang termasuk Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyaksikan sambutan kemerdekaan peringkat negeri di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.

Di KOTA KINABALU, lebih 3,000 orang menghadiri sambutan yang diadakan secara sederhana di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar menghadiri acara berkenaan, selain Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta timbalannya, Datuk Yahya Hussin.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lebih10_000penuhistadium/Article/index_html 

0 komentar:

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

Friday, August 13, 2010 0 Comments

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]. 
 
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)

0 komentar:

Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?

Monday, August 09, 2010 0 Comments

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement). Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza. Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza. Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yang keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.Menurut akhbar, Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2. Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural. Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.
Sebelum dilanggar
Selepas dilanggar

0 komentar:

KUBUR DI ATAS KUBAH MASJID NABI

Monday, August 09, 2010 0 Comments

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi: Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"

0 komentar:

Peh...Sungai Yang Keenam

Sunday, August 01, 2010 0 Comments

Gambar menunjukkan lokasi sungai di bawah Laut
Hitam dekat Turki.
Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar semalam.
Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan.
Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam.
Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.
Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.
Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.
Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.
Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. - Agensi

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

0 komentar:

Lenanya..

Sunday, August 01, 2010 0 Comments

NAJIBUL (kanan) ceria selepas memenangi
kategori pereka muda dengan ciptaan 
Napping Mask yang diperaga rakannya (kiri) 
di Kuala Terengganu semalam.
Seorang pereka muda dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mencipta sejenis alat yang dipanggil Napping Mask atau topeng tidur sebentar bertujuan memberi keselesaan kepada penumpang yang berada di lapangan terbang.
Muhammad Najibul Muthii Che Ya'acob, 25, yang bertugas sebagai pereka di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK berkata, alat yang diciptanya itu bukan semata-mata sebuah topeng, tetapi mempunyai beberapa fungsi luar biasa seperti alat penggera dan sistem bluetooth.
Katanya, idea penghasilan topeng yang berbentuk topi keledar tercetus selepas dia mendapati ramai penumpang yang mengalami kelewatan penerbangan gagal mendapatkan tidur mencukupi di lapangan terbang akibat tertekan.
Alat yang dihasilkan itu mampu memberi keselesaan kepada pengguna terutama untuk tidur ketika berada di lapangan terbang.
"Setiap daripada kita pasti pernah mengalami kelewatan penerbangan dan jalan terbaik untuk mengisi waktu yang ada adalah dengan tidur.
"Namun, sejauh mana keselesaan yang boleh kita kecapi jika tidur di lapangan terbang," katanya ketika ditemui Kosmo! pada Karnival Malaysia Inovatif 2010 Peringkat Zon Timur di sini kelmarin.
Beliau yang mempertaruhkan ciptaan Napping Mask pada karnival itu telah dipilih selaku pemenang bagi kategori Pereka Muda dan akan mewakili Zon Timur ke Festival Inovasi Peringkat Kebangsaan hujung tahun ini.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT