Macam tu ka....

Friday, September 11, 2009 0 Comments

Sepasang suami isteri, dah lama  kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si
suami  teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin  gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun  pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat  tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk  menaiki pesawat ni?" anya sisuami  "Tak mahal encik, cuma RM50 untuk  satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya  nak naik" jawab si suami lalu
menarik tangan  Isterinya  berlalu dari situ.
"Alaa... abang ni, RM50 pun nak  berkira, Setahun sekali je bang, dah
lama  saya nak naik pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada manja
dengan harapan si suami akan ubah  fikiran.

"Jgn  nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"
Kecewalah si isteri atas sifat  kedekut suaminya. Buka! nnya tak
mampu,dlm bank melambak lagi duit  dia.

Tahun  kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya
untuk  menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg
sama  tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
Apa  lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun  ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si
suami untuk  menaiki pesawat ringan tu. "Baiklah, kalau bayaranya kurang dr
RM30, kita  naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam
krn dia tahu  bayarannya pasti
akan  meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun
lepas dan  jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan,
bayaranya dah jadi  RM100.
Segeralah si suami menarik tangan  isterinya berlalu dr situ. Si pilot td
yang kesiankan si isteri yang saban tahun  mengimpikan untuk menaiki
pesawat tu memanggil mereka semula.
"Encik, berapa yang encik sanggup  bayar?"
"Aku  cuma nak bayar bawah RM30 ajer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah  si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh
naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja  tapi dgn satu syarat"
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
"tapi  apa syaratnya" "Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh
Mengeluarkan  satu
suara  pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap
perkataan  yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td
sambil tersenyum.
"Baiklah saya setuju" jawab si suami  dengan yakin bolehnya.

Maka,  naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada  niat lain
sebenarnya.  dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.Dia pun buat lah aksi2
acrobatik yang  diakui membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak  dia sbb suami isteri  yang duduk kat
belakang dia tak menjerit pun.

Dia  cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat  tu, tapi
still  senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun
mendaratkan lah  pesawat dia.

Rasa  rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si
suami yang  turun dari pesawat tu."Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu
terkejut.
"Dia  dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"
"Hahh  apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena tambah  bayaran lak" jwb si suami sambil
menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus  berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang  mengasihi isterinya

malaysiamajusangat

Anak yang "Sejuk Perut Ibu Mengandung" itu bukan yang lulus universiti,bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18ribu sebulan...tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk roh mereka - UAI

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT