BAKAL AYAH DAN IBU......PENTING!!!

Tuesday, September 15, 2009 0 Comments

BAYI anda asyik menangis biarpun sudah diberi makan dan minum secukupnya.Sebagai ibu bapa anda akan sedaya upaya bersabar menghadapi situasi itu.

Lazimnya, anda akan memujuk bayi itu dengan mendodoi atau menggoncangtubuhnya dengan harapan anak itu berhenti menangis.

Namun awas, janganterlalu kasar atau asyik menggoncang kerana ada kemungkinan anda bolehmenjadi pembunuh tanpa disedari.
Ini kerana, berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi, terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak

terkoyak atau pecah.

Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang
menangis itu boleh enyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh
menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?
Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara
kecederaan serius di kalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya
dipandang ringan oleh setiap ibu bapa, penjaga mahupun pengasuh.

Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang
dihantui perasaan marah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka
tanpa belas kasihan dan simpati. Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa
menyedari bahawa perbuatan menggoncang anak membahayakan kesihatan,
seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila
melihat anak kecil menangis tanpa henti.

Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan
lazimnya ia akan hanya terbentuk dengan sempurna secara
berperingkat-peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.
Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan
bergoyang-goyang ke depan dan belakang, yang mana boleh menyebabkan
kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.

Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih
kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain
kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun. Apakah perbuatan yang boleh
membahayakan otak bayi?

1. Berulang kali menjulang anak kecil anda.

2. Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan
mendukungnya di belakang atau di bahu.

3. Membawa mereka menunggang kuda.

4. Memusingkan anak kecil anda.

Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?

1. Kerosakan otak.

2. Kecederaan tulang spinal.

3. Buta.

4. Kecederaan mata.

5. Sawan.

6. Patah tulang.

7. Terseliuh.

8. Kecacatan fizikal.

Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:

1. Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

2. Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada
ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.

3. Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya,
seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.

4. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus
menangis.

Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja
atau sengaja?

Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor,
adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan.
Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.


Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan anda
bergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan di
dalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkara
sebenar.

Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akan
memberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkan
nyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

eddy kodow

Anak yang "Sejuk Perut Ibu Mengandung" itu bukan yang lulus universiti,bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18ribu sebulan...tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk roh mereka - UAI

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT