PETUA IMAM SYAFIE

Thursday, October 22, 2009 0 Comments


EMPAT Perkara Untuk Sihat & menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


EMPAT perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

EMPAT perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

EMPAT perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

EMPAT perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

0 komentar:

WUDHUK YG SEMPURNA

Wednesday, October 21, 2009 0 Comments


 Salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhuk. Berikut cara2 mengambil wudhuk yg baik dan dgn wudhuk yg baik, InsyAllah...akan mendapat kekhusyukan di dalam solat.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".
 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu "Ya Allah, berikanlah hisab2ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab2ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu "Ya Allah, lindungilah aku dpd terik matahari di padang Mahsyar dgn arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu "Ya Allah, ampunilah dosatelingaku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu "Ya Allah, permudahkanlah

aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu "Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat2 maksiat".

Penjelasannya:-
a. Setiap hari kita bercakap tentang perkara2 yg tak berfaedah.
b. Ahli syurga mukanya putih berseri2.
c. Ahli syurga diberikan hisab2nya di tangan kanan.
d. Ahli neraka diberikan hisab2nya di tangan kiri.
e. Panas di padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
f. Setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
g. Ahli syurga melintas Siratul Mustaqim dgn pantas dan mudah sekali.
h. Qada' dan Qadr kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yg dituntut dlm Islam mempunyai hikmah yg tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yg kita perolehi dlm menghayati Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

0 komentar:

ibu atau bayi?

Wednesday, October 21, 2009 0 Comments








Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi.

Tiba-tiba,
seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibusudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
 "Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
 "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus  dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

 Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau  singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakansekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandanganmanusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar,  dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

 Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di
akhirat.

Amiin..

0 komentar:

Berehat Sebentar...

Wednesday, October 21, 2009 0 Comments






0 komentar:

Rahsia 13

Tuesday, October 20, 2009 0 Comments


Inilah dia Rahsia As-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 -         Niat Sembahyang :
       Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -         Berdiri Betul :
       Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -         Takbir-ratul Ihram :
       Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -         Fatihah :
       Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -         Ruqu' :
       Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -         I'tidal :
       Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -         Sujud :
       Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -         Duduk antara 2 Sujud :
       Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -         Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
       Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 -         Tahhiyat Akhir :
       Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 -         Selawat Nabi :
       Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -         Salam :
       Memelihara kita di dalam kubur.

13 -         Tertib :
       Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

0 komentar:

KELEBIHAN BULAN REJAB

Tuesday, October 20, 2009 0 Comments


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku &
bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan
LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh
Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga
tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit
yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka
(panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan
daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar
dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur
bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada
tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya
lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari
kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada
tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala
dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang
yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu
tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu
tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat
puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya
seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada
Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab
hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya
sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya
pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang
bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam
Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah
berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu
kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku
tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul
Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh
bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti
puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan
orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah
kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan
beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa
tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada
jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana
kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan
terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih
pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab
itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam

Wallahualam

0 komentar:

Ada lagi...

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PAKATAN  HARAPAN RAKYAT